Kanak-kanak perlu didedahkan dengan pendidikan seksual berhubung bahaya berkongsi imej atau video seksual kepada mana-mana individu bagi mengelakkan mereka berdepan ancaman eksploitasi dan penderaan seksual secara dalam talian (OCSEA).
Menurut Pengerusi Rangkaian Hentikan Eksploitasi Seksual Kanak-Kanak (CSEC) Malaysia, Datuk Raj Karim, kesedaran dalam kalangan kanak-kanak, penjaga serta guru harus ditingkatkan dengan kerjasama semua pihak.